Bahasa Carai

Bahasa Carai (/dʒəˈraɪ/; Bahasa Vietnam: Cho-Rai, Chor, Chrai, Djarai, Gia-Rai, Gio-Rai, Jorai, atau Mthur; Bahasa Khmer: ចារ៉ាយ, Charay [caːraːj]) ialah salah satu bahasa di bawah bahasa-bahasa Polinesia-Melayu yang dituturkan oleh orang Carai di Vietnam dan Kemboja. Penutur bahasa Carai berjumlah kira-kira 262,800,[1] tidak termasuk komuniti Carai lain yang mungkin di negara selain Vietnam dan Kemboja seperti Amerika Syarikat. Mereka ialah puak pribumi tanahtinggi Vietnam terbesar di Tanahtinggi Tengah yang dikenali sebagai orang Degar atau Montagnard, dan 25 peratus daripada populasi di wilayah Ratanakiri, Kemboja.Bahasa ini berada dalam subkumpulan bahasa-bahasa Cam di bawah keluarga bahasa Polinesia-Melayu, dan dengan itu berkaitan dengan bahasa Cam di tengah Vietnam.Sebilangan orang Carai juga tinggal di Amerika Syarikat, setelah menetap di sana selepas Perang Vietnam.